Tuesday, July 27, 2010

Ilmu atau Harta

Rasulullah pernah bersabda: “ Aku adalah kota ilmu pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya.”

Oleh kerana kemasyhuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina ali, maka ramailah yang mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama’ telah datang menemui Saidina Ali, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama.

Ulama’ pertama bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir’aun.”

Ulama’ kedua bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Saidina Ali menjawab : “Ilmu lebih utama daripada harta, sebab ilmu akan menjaga kamu, sedangkan harta,engkaulah yang harus memeliharanya.”

Ulama ketiga bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta,sebab harta boleh menyediakan diri kita dikelilingi banyak musuh, sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyai banyak sahabat.”

Ulama’ keempat bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan, sedangkan ilmu apabila dikeluarkan akan semakin bertambah.”

Ulama’ kelima bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta, sebab orang yang mempunyai banyak harta kadangkala dipanggil dengan panggilan kedekut, sedangkan orang yang banyak ilmu selalu dipanggil dengan nama yang mulia dan megah.”

Ulama’ keenam bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab orang yang punya harta akan dihisab pada hari kiamat sedangkan orang yang punya ilmu diberi syafa’at pada hari kiamat.”

Ulama’ ketujuh bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta, sebab ilmu membawa ketenangan dan terang-benderang, sedangkan harta menjadikan mereka berasa gusar.

Ulama’ kelapan bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab harta semakin lama akan habis, sedangkan ilmu tak akan habis walau pun tidak ditambah.”

Ulama’ kesembilan bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu akan menjadikan orang yg berilmu itu bersikap lemah lembut,sedangkan harta menjadikan mereka bersikap kasar.”

Ulama’ kesepuluh bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab orang yang berilmu termasuk ubudiyyah (pengabdian) yang diberi pahala oleh Allah Taala, sedang orang yang berharta termasuk rubudiyyah (kekaburan).”

Para ulama’ itu pun tercengang mendengar jawapan Saidina Ali (Imam Ali) yang berbeza-beza itu, walaupun pertanyaan mereka adalah sama. Maka kesepuluh ulama’ tersebut akhirnya mengakui kepandaian Saidina Ali, dan mereka menjadi lebih hormat lagi terhadap Ali berikutan ILMU yang dimiliki olehnya itu..

Friday, June 18, 2010

keajaiban solat

pagi tadi sy telah sertai satu majlis ilmu agama yang di kendalikan oleh Ustaz Mahmud Bin Ahmad, Pensyarah Jabatan Aqidah dan Pembangunan Islam, UniKL anjuran pejabat saya yang bertajuk "Keajaiban Solat" selama 1 jam...Pendedahan yang disampaikan selama 1 jam amat2 bermanfaat sekali untuk kita sebagai umat islam tentang kepentingan solat..

saya cuba nk ulaskan dari syarahan beliau tadi bahawa solat merupakan tiang agama..yea sudah pasti anda semua tahu pasal itu...perbezaan diantara orang kafir dan juga org islam adalah solat..ekh ye ker??padahal kristian pon gi sembahyang juga..setiap hr ahad pi gereja..hindu pon sama gak...ade je loceng2 pepagi diorang bising nk sembahyang...buddha pon dia sembahyang siap bubuh colok depan tuhan dia...camne nk beza kafir ngan islam...diorang pon ade sembahyang juga????pada dasarnya agama2 selain islam tidak ada cara utk sembahyang yg tetap malahan mereka mencipta cara sembahyang itu sndri utk mengangkat darjat agama mereka...

tetapi islam tidak....cara solat yang dilakukan oleh orang islam standard..sama tiada penambahan atau kekurangan sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi...betapa agungnya solat itu sehingga nabi Muhammad yang menghadap Allah s.w.t di langit dan Allah memerintahkan nabi Muhammad s.a.w supaya menyebarkan ttg solat ini kepada umatnya..anda tentu ingt ttg peristiwa Israk n Mikraj kan., padahal rukun2 islam yang lain atau perintah2 yang Allah turunkan buat Nabi Muhammad untuk umatnya dengan menghantar perantaraan malaikat jibril kepadanya...Betapa tinggi darjat solat itu yang dianugerahkan oleh Allaw s.w.t...

tahukah kawan2 sekalian, melalui satu kajian yang dilakukan di malaysia sebanyak 70% umat islam tidak melakukan ibadat solat 5 waktu dengan sempurna...satu nisbah yang sgt2 besar..adakah kita ini islam hanya pada nama sahaja???klu x sembahyang serupa kita seperti org2 kafir...wallahualam..hanya Allah yang maha mengetahui...kenapa sukar utk kita bertemu dengan Allah semasa solat? padahal solat x perlu amek masa yag lama pon tp klu kita jumpa buah hati leh plak lama2 kan atau kita tgk bola 2-3 jam boleh plak yea...huhuhu...

tahukan kawan2 solat boleh mencegah kemungkaran..baik mungkar dari jenayah, maksiat, nafsu, riba dan lain-lain..tetapi kenapa ada orang yang solat masih melakukan kemungkaran???itu silap pada diri kita..kita tidak meghayati sepenuhnya solat itu..kita x memahami apa itu kepentingan solat..kita x menafsir bait2 bacaan dalam solat itu sendiri...menurut Imam Al Ghazali " solat dalam keadaan lalai dan leka tidak ade manfaat nya".InsyaAllah bila kita jaga solat 5 waktu, mudah2an Allah memelihara kita dari melakukan kemungkaran....

Amalan yang pertama di hisab di padang Masyar adalah Solat....walaupun sebaik mana seseorang itu, tapi tidak solat di dunia bukan jaminan utk seseorang itu masuk ke syurga..yea bbetul..mmg lah akan masuk ke syurga akhirnya tetapi dia perlu menempuh azab siksaan api neraka dahulu..sehari di neraka bagaikan seribu tahun di dunia..bayangkan betapa lambatnye waktu berjalan...satu solat fardhu kita tinggal umpama 60thn...klu 2-3 tahun kita tinggal...berapa lama kita menempuh siksaan azab api neraka...masyaAllah...inikan kita baru berpanas sikit xsmpi 10min dah mengeluh cari aircond mcm ne kita terima 'kepanasan' akhirat selama berpuluh2 tahun..wallahualam...

akhir kata...syurga duniawi adalah syurga bagi orang2 kafir tetapi neraka bagi orang2 islam..kenapa??? orang2 kafir menghalalkan perkara yang Allah haramkan..org2 islam tidak akan melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah dimuka bumi..ini bermakna orang islam perlu akur tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa...apabila di akhirat kelak merupakan syurga bagi orang2 islam kerana perkara2 yang haram di bumi mereka boleh lakukan tanpa bantahan...

mudah-mudahan dengan sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat memanfaat buat diri kawan2 dan menjadi peringatan buat diri saya...kadang2 kita alpa tentang hal2 duniawi...terasa seronok melakukan perkara2 yang mungkar...bila ade slot2 begini buat kita tersedar akan tugas kita sebagai khalifah dimuka bumi ini....

Wednesday, December 9, 2009

Niat diutamakn sebelum bertindak

assalamualaikum..

Perkataan NIAT itu tidak asing dalam hidup kita.apa sahaja yg kita lakukan mesti dengan niat..nk solat pon niat..nk berwhuduk pun niat..nak mandi hadas pun niat..nak buat kerja pun niat..kenapa pentingnya NIAT dalam kehidupan seharian kita..Di sini saya ade beberapa istilah, pendapat serta kisah tentang NIAT...

Namun begitu sering terjadi perbincangan samada niat sebelum memulakan sesuatu ibadah itu perlu dilafazkan atau ianya hanya amalan dalam hati. Adakah disyari’atkan melafazkan niat أصلي فرض (Sahaja aku sembahyang fardhu)….” sebelum mengerjakan ibadah sembahyang atau memadai di dalam hati kita terlintas bahawa kita akan mengerjakan ibadah tersebut?

Niat menurut pengertian bahasa dimaksudkan : “Qasad (maksud yang digerak dan dikehendaki oleh hati), azam (atau ‘azamul qalb, iaitu apa yang telah dicita-citakan di hati) dan iradah (iaitu al-iradatul jazimah, iaitu kehendak keinginan hati dalam keadaan yang sedar).

Namun begitu sering terjadi perbincangan samada niat sebelum memulakan sesuatu ibadah itu perlu dilafazkan atau ianya hanya amalan dalam hati. Adakah disyari’atkan melafazkan niat أصلي فرض (Sahaja aku sembahyang fardhu)….” sebelum mengerjakan ibadah sembahyang atau memadai di dalam hati kita terlintas bahawa kita akan mengerjakan ibadah tersebut?

Niat menurut pengertian bahasa dimaksudkan : “Qasad (maksud yang digerak dan dikehendaki oleh hati), azam (atau ‘azamul qalb, iaitu apa yang telah dicita-citakan di hati) dan iradah (iaitu al-iradatul jazimah, iaitu kehendak keinginan hati dalam keadaan yang sedar).

Adapun menurut syara’, niat adalah : “Berazam (bertekad) untuk melaksanakan ibadah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah. Qasad, azam dan iradah tempatnya di hati kerana ini kerja hati (‘amal al-Qalb) bukan kerja lidah. Oleh itu niat tidak perlu dilafazkan atau diucapkan, inilah yang disepakati oleh jumhur ulama’ dan etimologis (ahli ilmu asal-usul kata).

Niat juga diertikan : “kehendak, maksud (tujuan) dan keazaman bukan paksaan.

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah:


Imam Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati.”

Seterusnya al-Hafidz menyatakan:

Al-Baidhawi berkata, “Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudarat, sedangkan syari’at adalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredai Allah dan mengamalkan segala perintah-Nya.


Dari keterangan di atas dapatlah kita fahami bahawa setiap amal seseorang mukmin yang terbit dari kehendak, azam, cita-cita dan gerak hatinya yang disedari dan tidak dipaksa, maka itulah yang dinamakan niat. Dan niat ini tempatnya di hati tanpa perlu dilafazkan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga memulakan sembahyangnya dengan takbir (الله اكبر) tanpa melafazkan apa-apa sebelumnya. Dalilnya adalah seperti hadis yang dikemukakan oleh Aishah radhiallahu 'anha:

Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam membuka sembahyangnya dengan Takbir.

Jelas melalui riwayat di atas baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak melafazkan niat أصلي فرض (“Sahaja aku sembahyang fardhu….”) sebagaimana yang biasa diamalkan di Malaysia.Malah Imam al-Syafi’i rahimahullah Ta’ala juga berpendapat bahawa sembahyang itu dimulakan dengan takbir tanpa melafazkan niat. Berkata Imam al-Syafi’i rahimahullah dalam kitab beliau al-Umm :

“Siapa yang pandai membaca takbir, niscaya tidaklah ia memulakan sembahyangnya melainkan dengan takbir itu sendiri dan takbirnya ialah الله اكبر.Menurut Syaikh Mohammed Abdul Qoder al-Mandeeli: “Adapun orang yang berkata sunnat berlafaz (niat) sebelum takbir, maka perkataannya menyalahi perkataan Imam al-Syafi’i sendiri.”


Malah sebenarnya telah menjadi satu kesepakatan antara keempat-empat imam mazhab bahawa niat itu tempatnya di hati dan tidak perlu dilafazkan. Imam Ibn Abi al-‘Izz rahimahullah telah berkata:

Tidak ada seorang ulama’ pun dari imam empat, tidak al-Syafi’i mahupun yang lainnya yang mensyaratkan melafazkan niat. Menurut kesepakatan mereka, niat itu tempatnya di dalam hati. Hanya sahaja sebahagian ulama’ kebelakangan mewajibkan seseorang melafazkan niatnya dalam sembahyang. Dan pendapat ini digolongkan sebagai mazhab al-Syafi’i. Al-Nawawi rahimahullah berkata: “Itu tidak benar.”

Sementara itu Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam al-Fatawa al-Kubra (jld. 1, ms. 1) telah berkata:

Melafazkan niat secara jahrah (kuat) tidak pernah disyari’atkan walaupun oleh salah seorang ulama’ Muslimin, tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, tidak pernah dilakukan oleh salah seorang dari para Khulafa’ baginda, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat baginda dan juga tidak pernah dilakukan oleh para Salaf al-ummah dan para ulama’nya.

Kaedah yang sama juga perlu diterapkan dalam sembahyang jamak dan qasar. Oleh itu memadailah sekiranya di hati kita terdetik untuk mengerjakan sembahyang tertentu secara jamak atau qasar atau kedua-duanya sekali tanpa melafazkan niat tersebut. Telah tersebar dalam kitab-kitab fardhu ‘ain di Malaysia di mana penulis kitab-kitab tersebut telah menurunkan lafaz-lafaz dengan formulasi tertentu yang tidak ada contohnya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Lafaz-lafaz tersebut tidak pernah wujud dalam mana-mana kitab-kitab hadis. Malah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam juga tidak pernah memerintah atau mengajar para sahabat radhiallahu 'anhum lafaz-lafaz niat yang tertentu. Berkata Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah :


Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah menjamak dan mengqasar sembahyang bersama dengan para sahabatnya, namun baginda tidak memerintahkan mereka untuk niat jamak dan qasar… Selain itu Rasulullah juga pernah mengerjakan sembahyang Zuhur di padang Arafah tanpa memberitahu para sahabatnya terlebih dahulu bahawa setelah itu akan terus dilaksanakan sembahyang Asar (jamak taqdim). Baginda terus sahaja sembahyang Asar dengan para sahabatnya. Tidak ada seorangpun dari mereka yang berniat jamak… Begitu juga ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sembahyang berjemaah bersama para sahabat di tempat yang bernama Dzil Hulaifah sebanyak dua rakaat tanpa menyuruh mereka berniat qasar.


Sewajarnya mereka mengikut tatacara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memulakan sembahyang baginda tanpa melafazkan apa-apa niat sebelum takbir kerana niat baginda tempatnya di hati. Oleh itu tidak melafazkan niat seperti “Ushollli Fardhu (Sahaja aku sembahyang fardhu)..” ketika memulakan sembahyang adalah sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang wajib kita semua patuhi. Ini adalah dalam rangka mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam ibadah sembahyang


Kisah Seorang Pemuda dan Omar Al-Khatab

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.



Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman:, "Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

'wallahualam'

Wednesday, April 8, 2009

Hormati Azan



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak Kita ketahui. Cuba Kita amati, mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..


Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '


Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib menghormati azan banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Jangan Tunggu Ajal


Pepatah Melayu ada menyatakan: "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi." Acapkali di dalam hidup seseorang insan dia akan menempuh situasi penyesalan setelah segala-galanya terlambat dan tidak mampu dirubah lagi. Namun begitu apa yang sepatutnya kita semua fikirkan secara mendalam adalah penyesalan pada hari penghitungan ketika berada di Padang Mahsyar di mana segala amalan semasa kita hidup di dunia akan dihisab dan kemudian ditentukan sama ada kita akan ke syurga mahupun neraka.






Ya, apabila ditunjukkan kepada seseorang hamba ALLAH segala keburukan ketika di dunia dahulu, maka akan timbul penyesalan kerana takutkan balasan yang pedih di neraka, maka terdetik di hatinya agar dilewatkan ajalnya ataupun dia dihidupkan semula ke dunia supaya dapat dia bertaubat atas segala kesilapannya dahulu.


Namun sayang seribu kali sayang, penyesalannya itu hanya sia-sia kerana ketika di Padang Mahsyar pintu taubat telah tertutup rapat. Maka akan timbul dibenak fikirannya alangkah baik sekiranya aku di dunia dahulu tidak melakukan segala dosa-dosa tersebut. Namun begitu tiada apa lagi yang mampu hendak dilakukan melainkan menanti sahaja hukuman serta azab ALLAH S.W.T. atas kesilapannya yang lalu.


Senario sedemikian rupa telah dirakamkan di dalam al-Qur'an melalui firman-NYA: Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang KAMI berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai TUHANku! Alangkah baiknya kalau ENGKAU lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". Dan (ingatlah), ALLAH tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan ALLAH Amat Mendalam Pengetahuan- NYA mengenai segala yang kamu kerjakan. – al-Munaafiquun [63] : 10-11

Bagi seseorang manusia yang banyak melakukan dosa seboleh-bolehnya pasti akan meminta untuk dilewatkan ajalnya walaupun hanya seketika demi untuk bertaubat kepada ALLAH S.W.T. dan mengerjakan amal-amal soleh tatkala hadirnya Malaikat Maut untuk mencabut nyawanya. Namun begitu permintaan tersebut tentunya akan ditempelak oleh Malaikat Maut kerana waktu datangnya ajal itu telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T. tanpa awal mahupun lewat walaupun sesaat.
APA ITU TAUBAT?
APAKAH KEUTAMAAN BERTAUBAT?
DOA YANG TERBAIK DALAM MEMOHON KEAMPUNAN?
ADAKAH ALLAH AKAN MENERIMA TAUBAT HAMBANYA YANG BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT?

Thursday, March 12, 2009

Islam Agama Yang Mulia

Assalamualaikum w.b.t
Untuk entri yang pertama ini ana memperkenalkan apa itu islam. Mudah-mudahan antum dapat memahami apa itu Islam...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
"Aku Bersaksi Tiada Tuhan Yang disembah Melainkan Allah dan Aku bersaksi Bahawa Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah"
Definisi Islam
Dari segi bahasa, Islam memiliki beberapa erti, diantara erti kata Islam adalah :
Damai. Berasal kata ( ملسلا ) yang secara bahasa berarti damai. Hal ini sebagaimana difirmankan Allah SWT QS. At-Taubah/ 08 : 61 : “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Menyerahkan diri. Berasal dari kata ( 9م9لس9أ ) yang berarti menyerahkan diri. Mengenai hal ini Allah SWT berfirman QS. Annisa/ 4 : 125 : “Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya.”

Bersih dan Suci. Mengenai makna ini, Allah berfirman dalam Al-Qur’an (QS. 26 : 89): “Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.”

Selamat dan Sejahtera. Mengenai makna ini, Allah berfirman dalam Al-Qur’an: (QS. 19 : 47) Berkata Ibrahim: “Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan meminta ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.”

Sedangkan secara istilah, terdapat beberapa definis dari Al-Islam :
Islam ditinjau dari substansinya adalah sebuah agama yang diturunkan kepada umat manusia melalui perantaraan rasul-Nya (Muhammad SAW), untuk dijadikan pedoman hidup guna menggapai kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat. Islam ditinjau dari sisi aplikasinya adalah ketundukan seorang hamba kepada wahyu ilahi yang diturunkan kepada para nabi dan rasul khususnya Nabi Muhammad SAW guna dijadikan pedoman hidup dan juga sebagai hukum atau aturuan Allah SWT yang dapat membimbing umat manusia ke jalan yang lurus, menuju ke kebahagiaan dunia dan akhirat.
Makna asli “Islam” adalah penerimaan sebuah pendapat atau sebuah kondisi yang sebelumnya tidak diterima. Dalam bahasa al-Qur’an, Islam bermakna kesediaan seseorang untuk menerima titah dan perintah dari Tuhan dan mengikutinya.
“Muslim” adalah kata yang diambil dari kata Islam. Kata ini digunakan pada seseorang yang telah menerima dan mengikuti titah dari Tuhan. “Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi Dia adalah seorang yang lurus, lagi berserah diri Musliman dan sekali-kali bukanlah Dia Termasuk golongan orang-orang musyrik.” (Qs. Ali Imran [3]:67)
Dua kata yang dimaksud, bagaimanapun, dua makna spesifik yang diperoleh setelah pengenalan risalah yang dibawah oleh Nabi Muhammad Saw. Risalah yang diwahyukan kepada Muhamamad disebut sebagai Islam, dan beriman kepada risalah yang dibawanya juga disebut Islam. Muslim, juga berarti orang yang mengikuti risalah Muhammad dan meyakini akan kebenarannya.
inilah maksud islam sebenar, dalam solat kita melafazkan kalimah syahadah ini menujukkan kita memperaku bahawa ALLAH itu Tuhan kita Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah..Islam menciptakan kedamaian, mengamalkan kebersihan, membawa kepada kesejahteraan dan taat pada Pencipta Makhluk yang Agung...bila kita meneliti tidak sedikit pon membawa kepada keganasan, kehancuran dan sebagainya...mudah-mudahan Agama Islam yang dipegang tidak terpesong dan utuh sebagai pegangan kita sampai kiamat.
selepas ini ana akan menceritakan tentang sejarah Islam dan bagaimana islam tersebar dengan meluas..